“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Al-Hujurat: 13]


01 Jun 2010

SERANGAN ZIONIS: KENYATAAN RASMI LPD DMPP


KENYATAAN RASMI
PENGERUSI
LAJNAH PENERANGAN & DAKWAH, DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
TERHADAP SERANGAN YANG DILAKUKAN OLEH LANUN ZIONIS LAKNATULLAH TERHADAP KONVOI MISI BANTUAN KEMANUSIAAN ‘FREEDON FOTILLA’

Regim Haram Israel mengganas. Dengan penuh nekad Israel menyerang penduduk dunia. Jika selama ini serangan hanya dilakukan ke atas penduduk Palestin, hari ini dunia menyaksikan  kerakusan Israel  membedil mereka yang menyertai misi ‘Lifeline For GAZA’ .
Kapal Mavi Marmara yang merupakan kapal induk bagi konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa  itu telah diserang oleh tentera laut Israel. Dilaporkan sejumlah 20 orang telah gugur dan 50 yang lain tercedera.  Konvoi itu membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Turut berada di dalam kapal tersebut ialah 12 wakil dari Malaysia yang terdiri daripada sukarelawan dari HALUANPalestin, Aqsa Syarif, JIM, YAYASAN AMAL, Muslim Care, MAPIM dan 2 orang wartawan ASTRO. Nasib mereka tidak diketahui sehingga sekarang.
Dewan Muslimat PAS menyelar dan mengecam serangan yang dilakukan oleh lanun Zionis laknatullah ini terhadap  konvoi misi kemanusiaan yang tidak bersenjata itu dengan menggunakan alasan konvoi tersebut adalah konvoi pengganas. Sekali lagi Israel bermain silap mata dengan dunia. Hakikatnya, kita maklum bahawa Israel sebenarnya terancam dengan bantuan yang bakal disalurkan kepada Gaza andai misi konvoi tersebut berjaya.
Dewan Muslimat PAS menggesa kerajaan Barisan Nasional, khususnya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak agar  SEGERA membatalkan kontrak dengan syarikat milik perisikan Israel – Apco Worldwide . Kerjasama ini adalah sesuatu yang memalukan. Tatkala dunia mengutuk rejim Zionis laknatullah ini, Malaysia pula berdiri gah dengan kontrak yang bernilai hampir RM78 juta itu.
Jika Malaysia melalui PM5 telah memberikan kontrak bernilai hampir RM78 juta tersebut kepada Zionis laknatullah itu, maka Malaysia juga wajib lebih agresif bangkit dan bertindak membantu rakyat Palestin dan warganegara kita yang berada di dalam cengkaman lanun Zionis tersebut dengan apa cara sekalipun.
Dewan Muslimat PAS menuntut kerajaan Malaysia mebuktikan segera keseriusan kerajaan dalam menguruskan kebiadapan lanun Zionis laknatullah ini. Kelak, jangan hanya pandai mengutuk tetapi pengecut untuk bertindak.
Mengemaskini reaksi Malaysia menerusi web BERNAMA sehingga jam 10.30 malam 31 Mei 2010, tidak ada sebarang kenyataan dari YAB Perdana Menteri, mahupun dari mana-mana pimpinan kerjaan Barisan Nasional; sedangkan belasan rakyat kita antara yang menjadi mangsa kekejaman lanun Zionis Laknatullah ini.
Inikah yang dikatakan realisasi kepada manifestasi konsep 1 MALAYSIA kerajaan Barisan Nasional hari ini?  Kerajaan Malaysia wajib berasa malu apabila Turki memberikan reaksi pantas dengan meminta duta Israel di Ankara untuk  berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki juga turut meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar. Manakala Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga telah memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel, tidak ketinggalan Perancis meminta insiden ini segera disiasat. Indonesia turut mengecam tindakan biadab lanun Zionis laknatullah. Sedangkan Kerajaan Malaysia… sepi seribu bahasa.
Melihat kepada kelembapan kerajaan Malaysia dalam memberikan reaksi dan bertindak mengurus tadbir insiden serangan Zionis terhadap Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa yang turut dianggotai oleh beberapa NGO dari Malaysia ini, LPD Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru agar Jentera LPD Dewan Muslimat PAS di semua peringkat bertindak pro-aktif dengan menyebarkan maklumat terkini mengenai situasi konvoi, berdoa dan mendirikan solat hajat dan doa qunut nazilah secara berjemaah di semua kawasan dan negeri.
Saya juga menyeru agar seluruh kekuatan Muslimat dan Wanita Malaysia digerakkan untuk hadhir Ke Himpunan Aman Mengutuk Kebiadapan Tentera Israel yang melakukan serangan ke atas Kapal Mavi Marmara dan para Sukarelawan Bantuan Kemanusiaan yang menyertai misi Bantuan Antarabangsa Ke Gaza itu. Himpunan tersebut akan diadakan selepas Solat Jumaat pada 4 Jun 2010 bermula dari Tabung Haji, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur ke Kedutaan Amerika.
Himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti dan bantahan kita semua sebagai warganegara Malaysia terhadap pencabulan undang-undang dunia yang dilakukan oleh lanun Zionis laknatullah itu  dengan menyerang ‘Freedom Fotilla’ di perairan antarabangsa. Ini adalah buah tangan Israel durjana kepada Malaysia yang telah memberikan kontrak berjumlah hampir RM78 juta kepada mereka melalui APCO.
Kepada keluarga para syuhada’, Dewan Muslimat PAS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas atas pengorbanan dan keberanian mereka. Sesungguhnya, Allah dan para Malaikat kini tersenyum menerima “kepulangan” mereka ke sisi Tuhan yang telah menciptakan kita semua. Kepada keluarga para sukarelawan yang sedang ditawan oleh Israel laknatullah…marilah kita berterusan memanjatkan harap kepada Allah, agar senantiasa memelihara mereka semua di bawah lembahyung Kasih dan SayangNya.

Hancur, Hancur, Hancur Israel!
Bangkit, bangkit, bangkit Malaysia!
APCO - Israel!
Khaibar, Khaibar, Khaibar Ya Yahud,  Jaish Muhammad Sawfa Ya’ud!!
Hidup  Perjuangan! Allahu Akbar!!!


AIMAN ATHIRAH ALJUNDI
PENGERUSI LAJNAH PENERANGAN & DAKWAH
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
31 MEI 2010

23 Mac 2010

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN


Kami mengalu-alukan sumbangan anda yang budiman bagi membantu kami melancarkan pelbagai aktiviti dakwah dan kemasyarakatan. Sumbangan anda akan kami salurkan kepada fakir miskin, saudara baru, masyarakat orang asli dan sebagainya. Hubungi 019-2135353 untuk maklumat lanjut.




TERKINI DARIPADA KITA BERSAUDARA!!


Blog ini agak lama menyepi disebabkan kesibukan para penggeraknya merancang pelbagai aktiviti melebarkan jaringan persaudaraan kepada semua umat manusia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Dalam tempoh terdekat, Sekretariat Kita Bersaudara akan menjelajah ke Utara tanah air menemui masyarakat Orang Asli, dalam siri Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara kali yang ke-3 selepas Sabah dan Sarawak.
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan dakwah telah dirancang dalam usaha menyantuni dan menyelami kehidupan masyarakat Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman. Lokasinya jauh ke dalam..tiada jalan darat untuk sampai ke sana.. Pengangkutan yang ada cuma feri barang yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi. Tiada kemudahan asas seperti elektrik, bekalan air bersih... apatah lagi telefon!! 
Baru-baru ini, CAP telah mengeluarkan laporan tentang  hasil kajian taraf kesihatan masyarakat orang asli di seluruh Malaysia. Antaranya 50% daripada kematian akibat melahirkan anak adalah daripada masyarkat orang asli. Kami sangat simpati pada masyarakat orang asli yang dipinggirkan ini... 
Mudah-mudahan, kehadiran team Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara ini nanti bukan sahaja dapat menghulurkan bantuan yang seadanya, yang paling utama mampu mempertaut hati antara kami dan masyarakat di sana, dan rasa persaudaraan akan terus disemai...kerana Islam Itu Indah, Islam Cintakan Persaudaraan...
Bagi yang ingin menyumbang, hubungi kami di talian 
019-2135353 atau 
Bank In ke Akaun Maybank
104058245000



28 April 2009

OUTREACH XPDC DAKWAH BUMI KENYALANG

28 April 2009 - 4.00pm ... OUTREACH XPDC DAKWAH (OXD) siri ke2 meneruskan perjalanan mereka... kali ini ke BUMI KENYALANG... Rombongan telah pun berlepas ke Kuching pada 25 April 2009 dengan menaiki pesawat Air Asia. Setiba di sana, rombongan OXD disambut mesra dan penuh semangat oleh sahabat/iah di Kuching. OXD diberikan taklimat khas daripada wakil Sarawak dan pada malamnya Outreach 1 dimulakan dengan berjalan dan berdakwah di Water Front Kuching. Pada 26 April rombongan OXD berprogram di tempat tumpuan ramai penduduk Kuching iaitu... Pasar Minggu. Leafleting kalendar kad "JOM SERTAI PAS" sambil beramah mesra dengan pengunjung Pasar Minggu. Buat kanak2, OXD menghadiahkan belon2 pelbagai warna "Jom Sertai PAS".. semua bahan kempen habis diedarkan... Sambutan yang sangat menggalakkan, sehebat sambutan yang diterima OXD semasa di Sandakan baru2 ini... Terbukti, PAS dan Islam semakin diterima oleh seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum..

Selesai di Pasar Minggu, OXD meneruskan perjalanan ke Btg Lupar selepas Solat Zohor, 8 jam perjalanan menaiki pengangkutan darat. OXD tiba di Kg Meludam Hulu selewat 10malam. Tiba disana, OXD disambut oleh Ketua Cawangan PAS Meludam Hulu. Rombongan OXD menginap di rumah beliau.

27 April, diari OXD penuh di Btg Lupar. Pagi ziarah rumah ke rumah, petang sukaneka bersama penduduk kampung dan malamnya ceramah umum... Alhamdulillah, sambutan yang luar biasa daripada orang Btg Lupar. Walau disekat untuk hadir, tapi semangat untuk mendengar cerita BENAR dr orang Semenanjung membuat mereka berpusu-pusu hadir...

28 April, OXD bertolak balik ke Kuching. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada PAS Cawangan Meludam Hulu serta seluruh penduduk di sana atas layanan dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti di Btg Lupar. Dalam perjalanan, OXD singgah di perkampungan Iban, menyampaikan bantuan dan menyebarkan risalah dakwah..

OXD akan meneruskan perjalanan dakwahnya ke beberapa tempat sehingga 2 Mei.... Doakan perjalanan dipermudahkan...

OXD mengalu-alukan sumbangan ikhlas untuk menjayakan aktiviti OXD. Antara keperluan yang perlukan sumbangan tuan/puan yang ikhlas dan bermurah hati ialah seperti BERAS, MINYAK, GULA, SUSU, TELEKUNG, SEJADAH & AL-QURAN...

Sumbangan ikhlas, salurkan kepada...
BIMB 14041020322108 RAJ MUNNI SABU
(Aiman Athirah AlJundi - Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat)...

to be continued....

Salam drp...

Mai Suharah
SU Sekretariat Kempen Kita Bersaudara
0192135353

06 Januari 2009

Jom! Sertai Kami Dalam Program Wakaf Telekung, Al Qur'an & Sajadah. WE ARE BROTHERS!


Salamun 'alaik.

Para pembaca adalah dipelawa untuk bersama kami menjayakan Program Wakaf Telekung, Al Qur'an & Sajadah bersempena Kempen Kita Bersaudara anjuran bersama Lajnah Penerangan & Dakwah Dan Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Muslimat PAS Pusat yang berlangsung dari 31 Disember 2008 sehingga 30 Mei 2009.Setiap Kupon Wakaf adalah bernilai RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia Sahaja) untuk kegunaan pembelian Set Wakaf [Telekung, Al Qur'an & Sajadah (Termasuk Packing) ].



Wakaf Tuan/ Puan/ Sdr/ Sdri ini akan disampaikan kepada penduduk miskin dan saudara-saudara kita (saudara baru) di seluruh negara termasuk di Sabah & Sarawak melalui Program Outreach XPDC Dakwah yang juga diadakan bersempena Kempen Kita Bersaudara.



"We Are Brothers

"ISLAM: Kontemporari & Praktikal


Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :
016-926 4830/ 016-916 3683/ 016-915 2172


26 Disember 2008

Kita Bersaudara...


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Al-Hujurat: 13]

YAB. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dalam Perutusan Hari Raya ‘Eidul Fitri 1429H yang lepas antara lainnya menyebut dan menekankan bahawa :….

“Semua manusia seluruh dunia adalah "adik-beradik sebenarnya" tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa.

"Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.

"Sumber hidup keseluruhan ini adalah anugerah Allah s.w.t. Ia tidak dapat dijual dan tidak dapat dibeli,…".

"Sebenarnya, baik dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup kita ini sarat dengan pelbagai aktiviti perhambaan. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap keadaan.

"Menyambut Hari Raya pun adalah merupakan ajaran agama. Makan minum, berpakaian cantik, suka-ria di hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha; semuanya itu adalah ajaran agama.

"Teriak tangis di waktu dinihari, sedu-sedan sebelum subuh meminta diampunkan segala dosa, diselamatkan dari godaan nafsu dan sabar menghadapi segala karenah manusia baik mukmin, fasik, kufur dan lebih-lebih lagilah yang munafik; pun adalah ajaran agama,…" .

“Dengan kesedaran terhadap lafaz berbunyi: "Ya Allah mujurnya ada ajaran-Mu dan puasnya hatiku mendengar nasihat Nabi-Mu yakni Muhammad s.a.w.

"Semuanya ini berupa pengabdian,".

FirmanuLlah pula yang bermaksud….
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan." [Ar-Rum (30):22]

Setelah berkembang biaknya manusia dengan jumlah yang begitu ramai di seluruh pelosok bumi, maka bertembung pulalah antara satu sama lain akibat perselisihan, perbezaan mahupun pertentangan akibat fitrah yang wujud dalam setiap manusia. Justeru, sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain.

"Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa". [Al-Baqarah (2):36]

Manusia difitrahkan memiliki aqal yang menjadi alat untuk mereka membuat pilihan. Ia bebas memilih tanpa dipaksa atau ditambat pada mana-mana kuasa, melainkan itulah iradah (kehendak) dari Allah, Yang Maha Perkasa. Manusia bebas ( free will ) untuk membuat pilihan dan setiap perbuatan yang lahir dari pilihan tadi pasti dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Untuk manusia, asas pilihan itu hanya 2 (dua) iaitu sama ada beriman atau kufur kepada Penciptanya yang Benar!