“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Al-Hujurat: 13]


23 Mac 2010

TERKINI DARIPADA KITA BERSAUDARA!!


Blog ini agak lama menyepi disebabkan kesibukan para penggeraknya merancang pelbagai aktiviti melebarkan jaringan persaudaraan kepada semua umat manusia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Dalam tempoh terdekat, Sekretariat Kita Bersaudara akan menjelajah ke Utara tanah air menemui masyarakat Orang Asli, dalam siri Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara kali yang ke-3 selepas Sabah dan Sarawak.
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan dakwah telah dirancang dalam usaha menyantuni dan menyelami kehidupan masyarakat Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman. Lokasinya jauh ke dalam..tiada jalan darat untuk sampai ke sana.. Pengangkutan yang ada cuma feri barang yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi. Tiada kemudahan asas seperti elektrik, bekalan air bersih... apatah lagi telefon!! 
Baru-baru ini, CAP telah mengeluarkan laporan tentang  hasil kajian taraf kesihatan masyarakat orang asli di seluruh Malaysia. Antaranya 50% daripada kematian akibat melahirkan anak adalah daripada masyarkat orang asli. Kami sangat simpati pada masyarakat orang asli yang dipinggirkan ini... 
Mudah-mudahan, kehadiran team Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara ini nanti bukan sahaja dapat menghulurkan bantuan yang seadanya, yang paling utama mampu mempertaut hati antara kami dan masyarakat di sana, dan rasa persaudaraan akan terus disemai...kerana Islam Itu Indah, Islam Cintakan Persaudaraan...
Bagi yang ingin menyumbang, hubungi kami di talian 
019-2135353 atau 
Bank In ke Akaun Maybank
104058245000



Tiada ulasan:

Catat Ulasan