“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Al-Hujurat: 13]


01 Jun 2010

SERANGAN ZIONIS: KENYATAAN RASMI LPD DMPP


KENYATAAN RASMI
PENGERUSI
LAJNAH PENERANGAN & DAKWAH, DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
TERHADAP SERANGAN YANG DILAKUKAN OLEH LANUN ZIONIS LAKNATULLAH TERHADAP KONVOI MISI BANTUAN KEMANUSIAAN ‘FREEDON FOTILLA’

Regim Haram Israel mengganas. Dengan penuh nekad Israel menyerang penduduk dunia. Jika selama ini serangan hanya dilakukan ke atas penduduk Palestin, hari ini dunia menyaksikan  kerakusan Israel  membedil mereka yang menyertai misi ‘Lifeline For GAZA’ .
Kapal Mavi Marmara yang merupakan kapal induk bagi konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa  itu telah diserang oleh tentera laut Israel. Dilaporkan sejumlah 20 orang telah gugur dan 50 yang lain tercedera.  Konvoi itu membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Turut berada di dalam kapal tersebut ialah 12 wakil dari Malaysia yang terdiri daripada sukarelawan dari HALUANPalestin, Aqsa Syarif, JIM, YAYASAN AMAL, Muslim Care, MAPIM dan 2 orang wartawan ASTRO. Nasib mereka tidak diketahui sehingga sekarang.
Dewan Muslimat PAS menyelar dan mengecam serangan yang dilakukan oleh lanun Zionis laknatullah ini terhadap  konvoi misi kemanusiaan yang tidak bersenjata itu dengan menggunakan alasan konvoi tersebut adalah konvoi pengganas. Sekali lagi Israel bermain silap mata dengan dunia. Hakikatnya, kita maklum bahawa Israel sebenarnya terancam dengan bantuan yang bakal disalurkan kepada Gaza andai misi konvoi tersebut berjaya.
Dewan Muslimat PAS menggesa kerajaan Barisan Nasional, khususnya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak agar  SEGERA membatalkan kontrak dengan syarikat milik perisikan Israel – Apco Worldwide . Kerjasama ini adalah sesuatu yang memalukan. Tatkala dunia mengutuk rejim Zionis laknatullah ini, Malaysia pula berdiri gah dengan kontrak yang bernilai hampir RM78 juta itu.
Jika Malaysia melalui PM5 telah memberikan kontrak bernilai hampir RM78 juta tersebut kepada Zionis laknatullah itu, maka Malaysia juga wajib lebih agresif bangkit dan bertindak membantu rakyat Palestin dan warganegara kita yang berada di dalam cengkaman lanun Zionis tersebut dengan apa cara sekalipun.
Dewan Muslimat PAS menuntut kerajaan Malaysia mebuktikan segera keseriusan kerajaan dalam menguruskan kebiadapan lanun Zionis laknatullah ini. Kelak, jangan hanya pandai mengutuk tetapi pengecut untuk bertindak.
Mengemaskini reaksi Malaysia menerusi web BERNAMA sehingga jam 10.30 malam 31 Mei 2010, tidak ada sebarang kenyataan dari YAB Perdana Menteri, mahupun dari mana-mana pimpinan kerjaan Barisan Nasional; sedangkan belasan rakyat kita antara yang menjadi mangsa kekejaman lanun Zionis Laknatullah ini.
Inikah yang dikatakan realisasi kepada manifestasi konsep 1 MALAYSIA kerajaan Barisan Nasional hari ini?  Kerajaan Malaysia wajib berasa malu apabila Turki memberikan reaksi pantas dengan meminta duta Israel di Ankara untuk  berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki juga turut meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar. Manakala Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga telah memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel, tidak ketinggalan Perancis meminta insiden ini segera disiasat. Indonesia turut mengecam tindakan biadab lanun Zionis laknatullah. Sedangkan Kerajaan Malaysia… sepi seribu bahasa.
Melihat kepada kelembapan kerajaan Malaysia dalam memberikan reaksi dan bertindak mengurus tadbir insiden serangan Zionis terhadap Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa yang turut dianggotai oleh beberapa NGO dari Malaysia ini, LPD Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru agar Jentera LPD Dewan Muslimat PAS di semua peringkat bertindak pro-aktif dengan menyebarkan maklumat terkini mengenai situasi konvoi, berdoa dan mendirikan solat hajat dan doa qunut nazilah secara berjemaah di semua kawasan dan negeri.
Saya juga menyeru agar seluruh kekuatan Muslimat dan Wanita Malaysia digerakkan untuk hadhir Ke Himpunan Aman Mengutuk Kebiadapan Tentera Israel yang melakukan serangan ke atas Kapal Mavi Marmara dan para Sukarelawan Bantuan Kemanusiaan yang menyertai misi Bantuan Antarabangsa Ke Gaza itu. Himpunan tersebut akan diadakan selepas Solat Jumaat pada 4 Jun 2010 bermula dari Tabung Haji, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur ke Kedutaan Amerika.
Himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti dan bantahan kita semua sebagai warganegara Malaysia terhadap pencabulan undang-undang dunia yang dilakukan oleh lanun Zionis laknatullah itu  dengan menyerang ‘Freedom Fotilla’ di perairan antarabangsa. Ini adalah buah tangan Israel durjana kepada Malaysia yang telah memberikan kontrak berjumlah hampir RM78 juta kepada mereka melalui APCO.
Kepada keluarga para syuhada’, Dewan Muslimat PAS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas atas pengorbanan dan keberanian mereka. Sesungguhnya, Allah dan para Malaikat kini tersenyum menerima “kepulangan” mereka ke sisi Tuhan yang telah menciptakan kita semua. Kepada keluarga para sukarelawan yang sedang ditawan oleh Israel laknatullah…marilah kita berterusan memanjatkan harap kepada Allah, agar senantiasa memelihara mereka semua di bawah lembahyung Kasih dan SayangNya.

Hancur, Hancur, Hancur Israel!
Bangkit, bangkit, bangkit Malaysia!
APCO - Israel!
Khaibar, Khaibar, Khaibar Ya Yahud,  Jaish Muhammad Sawfa Ya’ud!!
Hidup  Perjuangan! Allahu Akbar!!!


AIMAN ATHIRAH ALJUNDI
PENGERUSI LAJNAH PENERANGAN & DAKWAH
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
31 MEI 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan